Langkah-langkah yang saya gunakan untuk menyelesaikan penulisan yang bertajuk ‘ Kemampuan Golongan Oku dalam Mengembangkan Potensi Diri” ialah dengan munggunakan Model THE BIG SIX SKILLS iaitu :
1) Task Definition
Dalam proses ini saya mengidentifikasi pernyataan tajuk tugasan iaitu “Kemampuan Golongan Oku dalam Megembangkan Potensi Diri”.Seterusnya saya mengenal pasti inti pati yang diperlukan dalam proses pencarian maklumat berkenaan tajuk yang diberikan melalui tugasan ini.
2) Information Seeking Stratergies
Seterusnya dalam langkah ini,saya menyenaraikan segala sumber yang berkenaan unutuk memudahkan carian maklumat saya berkenaan topik ini.
Terdapat dua sumber maklumat yang boleh saya capai untuk melaksanakan carian maklumat saya iaitu sumber primer dan sumber sekunder.Kemudian,saya memilih stratergi untuk menggunakan sumber sekunder kerana melalui pengalaman saya sepanjang mencari maklumat dalam menjayakan tugasan saya,saya berpendapat bahawa masa yang saya gunakan adalah lebih singkat apabila mengunakan sumber sekunder berbanding daripada menggunakan sumber primer.Saya membuat carian menggunakan internet kerana cara ini lebih pantas berbanding saya membuat kajian menggunakan buku,jurnal dan sebagainya.Namun begitu saya menekankan aspek kualiti sumber maklumat yang saya cari dengan memastikan laman web yang saya kunjungi disertai dengan .org ,.moe dan .my .

3) Location and Access
Dalam langkah seterusnya saya mengenal pasti lokasi maklumat untuk menjalankan carian informasi mengenai tajuk tugasan.Saya mendapati bahawa carian maklumat saya boleh dicari dengan menggunakan buku,jurnal,dan internet.Setelah mengenal pasti lokasi bagi pencarian maklumat tersebut,saya memulakan pencarian maklumat saya dengan menggunakan sumber-sumber yang telah saya tentukan lokasinya.Sebagai contoh,saya telah mengenal pasti laman sesawang yang saya ingin jadikan sebagai rujukan melalui sumber internet iaitu menerusi laman sesawang http://www.who.int/topics/disabilities/en/ sebelum saya mengekstrak isi maklumat dalam pencarian saya.Saya juga menacari sumber maklumat menerusi keratan akhbar yang telah dikenali masyarakat seperti Berita Harian dan Sinar Harian.Bagi sumber maklumat daripada buku pula,saya memastikan pengarang buku tersebut telah dikenali ramai dan mendapat pelbagai maklum balas positif daripada pembaca.Saya juga telah mencari nama penulis buku tersebut untuk melihat buku-buku yang telah ditulis oleh beliau.Saya mencari sumber buku ini menerusi carian Google Scholar kerana masa yang diperuntukkan untuk mencari menerusi enjin carian ini adalah lebih singkat berbanding saya perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku.
4) Use Information
Kemudian,saya akan mengekstrak hanya maklumat yang berkaitan dan penting sahaja untuk dimuat naik dalam tugasan.Saya akan mengambil sedikit maklumat tambahan bagi menyokong isi maklumat utama saya.Sebagai contoh saya sertakan gambar-gambar penyakit OKU bagi memudahkan pembaca untuk lebih faham dan jelas dengan penerangan saya.
5) Synthesis
Dalam sintesis maklumat,saya membina draf,rangka untuk memoersembahkan hasil carian maklumat saya.Saya memahami kehendak tugasan.Saya memilih format yang bersesuaian untuk mempersembahkan hasil carian maklumat saya iaitu dengan menggunakan peta grafik kerana cara ini lebih mudah .Hal ini demikian kerana maklumat yang capai boleh dirangkum sekali dalam satu peta grafik.Proses sintesis perlu dititikberatkan kerana dalam proses ini menetukan sesuatu tugasan yang dihasilkan itu baik dan menepati kriteria tugasan.
6) Evaluation
Setelah mencapai maklumat,saya mengevualisasikan maklumat yang saya peroleh bersesuaian dengan kehendak tugasan.Evualisasi di sini bermaksud saya membanding beza maklumat yang saya peroleh dengan pelbagai sumber lain misalnya dengan melihat hasil persembahan rakan-rakan saya yang telah mereka muat naik di eL.Seterusnya,saya menganalisis kesemua maklumat yang telah saya banding bezakan.Dengan menganalisis maklumat,ia membantu saya untuk berfikir secara kritikal mengenai kebolehupayaan,kesahan,ketepatan, dan sudut yang berbeza bagi sesuatu maklumat.
No comments:
Post a Comment